Selamat datang ke laman blog Cikgu Syda. Terima kasih...

VIDEO



CONTOH VIDEO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 
Contoh video 1


Contoh video 2


Video di atas merupakan contoh video yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Animasi yang digunakan akan membuatkan murid-murid tidak mudah bosan berbanding dengan pengajaran menggunakan papan tulis dan kapur atau pen penanda semata-mata. Seperti yang kita ketahui, kebanyakan murid-murid lebih suka sekiranya bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru itu dapat dilihat di dengar dan diiringi muzik. Pengajaran dengan menggunakan video juga sangat sesuai diaplikasikan kepada murid-murid kelas belakang. Hal ini demikian terbukti apabila saya menggunakan video dalam pengajaran, mereka menjadi lebih berminat untuk belajar. Tambahan lagi, dengan adanya video ini akan lebih memudahkan pemahaman mereka terhadap isi pengajaran. 


"Guru perlu bersifat kreatif dan inovatif dalam pengajaran agar murid-murid lebih bersemangat untuk belajar"

                                                                                                                 ( Syahida, 2015)

No comments:

Post a Comment