Selamat datang ke laman blog Cikgu Syda. Terima kasih...

PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  
PENGENALAN 
  • Pendidikan ialah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Guru bertanggungjawab dalam memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan tingkah laku kepada pelajarnya dalam mencapai Falsafah Pendidikan Negara.
  • Ledakan ICT telah menyebabkan kualiti perkhidmatan dan peranan guru berubah. 

APAKAH ITU INTEGRASI TEKNOLOGI ?

  • Menurut Pisapa (1994), integrasi teknologi dalam PdP bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungkan bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi teknologi untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti PdP.
  • Matlamat utama mengintegrasi teknologi dalam kurikulum adalah untuk membantu murid memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna, mengurus dan memahami teknologi maklumat. Hal ini demikian penting bagi murid untuk menguasai kebolehan-kebolehan ini semasa proses pembelajaran dalam setiap kurikulum (Jonassen, 1996).
  • Peranan teknologi maklumat dalam PdP akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian.  
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
  
 Pengintegrasian teknologi dalam PdP melibatkan penggunaan bahan-bahan berikut :

1) Pemilihan software
2) Menyediakan bahan pengajaran berasaskan multimedia
3) Penggunaan media dalam PdP
4)  Internet dan penggunaan Internet
5) Pembelajaran atas talian (online)


KONSEP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PdP

1) Penggunaan teknologi dalam PdP bermaksud menggunakan teknologi (ICT) secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan PdP.
2)   Integrasi teknologi (ICT) dalam PdP ini melibatkan guru dan pelajar. Hal ini demikian bermaksud teknologi digunakan sebagai wahana dalam PdP, dan bukannya belajar tentang teknologi.
3)   Dalam zaman yang serba canggih kini, penggunaan teknologi dalam sistem pendidikan amatlah perlu agar masyarakat kita tidak ketinggalan. Norasiah et al. (2013) menyatakan bahawa penggunaan teknologi dalam pendidikan mencakupi cara penyampaian maklumat kepada murid.
4)   Yusup Hashim (1997) dalam Norasiah et al. (2013) pula menyatakan teknologi pendidikan ialah satu proses merancang, membina, mereka bentuk, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti pembelajaran sistematik dengan tujuan meningkatkan serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.


" Teknologi dalam pendidikan membolehkan murid-murid meneroka ilmu dengan lebih luas lagi, sedalam lautan nan biru"

                                                                                                                     (Syahida, 2015)

No comments:

Post a Comment